Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,579
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Egann 2

[Sembilan tahun lalu…]

Syafik memandang ke luar tingkap kedai buku Harris. Panas matahari cukup terik memanaskan bumi ketika ini hingga boleh terasa haba dari sinar yang memancar masuk ke dalam kedai melalui kaca tingkap. Jam tangan Gucci dikerling. Jarum pendek masih dalam lingkungan pukul dua belas. Sudah tengah hari rupanya. Patutlah perut terasa bernafsu semacam. Pandangan mata dilarikan pula ke dalam ruang kedai buku itu. Anak mata birunya mencari sekujur tubuh tinggi yang masih dalam proses tumbesaran. Walaupun sekarang Saiful masih pendek daripada dia, tapi dalam setahun dua lagi mungkin si adik itu lebih tinggi dari dia. Heh. Tercalar ego seorang abang.

Kaki melangkah, mula mencari. Semasa berpisah tadi, adiknya itu sedang mabuk dengan dunia Ruins oleh Orson Scott. Entah apa yang seronok sangat dengan novel English itu. Kerana malas menunggu, maka dia membuang masa di rak buku yang lain walaupun tiada satu pun yang menarik minatnya. Pun bukannya dia minat membaca.

Terlihat kemeja biru putih dengan rambut pendek di-slope. Hah. Jumpa pun. Syafik melangkah mendekat, dan terus melaju bila dilihat adiknya sedang berbual dengan seorang lelaki.

Hm? “Kau buat apa di sini, Pa’an?”

Saiful menoleh, melihat abangnya mendekat. Irfan turut menoleh. Terangkat tinggi keningnya, serentak dengan mata membesar. “Capek. Tak sangka kau ada di sini juga.” Senyum yang dah sedia terlukis di muka bertambah lebar.

Tanpa amaran, lengan Saiful ditarik kasar dan dia berdiri di antara adiknya dengan lelaki itu. Saiful terkebil. Belakang kepala dengan rambut ikat kuda itu direnung. Syafik pula mencerun pada rakan sekolah yang rendah darinya itu. “Aku ulang. Kau buat apa kat sini?”

Bahu dijungkit. “Salah ke? Bukannya Harris ni hak milik persendirian kau.”

“Ah…” Wajah dipalingkan ke lain, lalu pangkal hidung ditekan dengan ibu jari dan jari telunjuk. “Sorry. Salah soalan. Kau nak buat apa dengan adik aku?” Dan anak mata biru kilatnya kembali mencerun pada si jambu di hadapan. Kulit muka Irfan bersifat cerah... walaupun sudah ditambah sedikit rona merah jambu pada pipi. Kau dah kenapa blushing, celaka?!

Saiful di belakang naik hairan bila terasa aura marah dari si abang. Tenungannya beralih-alih dari belakang kepala Syafik dan pada lelaki di hadapan mereka. Irfan kelihatan tenang. Langsung tidak terkesan dengan nada abangnya yang seakan-akan nak menerkam. Malah, lelaki yang nampak lembut itu hanya senyum saja dari tadi. Matanya pula hampir tidak berkelip memandang si abang. Saiful menganalisis dalam diam.

“Salah ke berbual sedikit dengan adik kau?” soal jejaka kacak itu pula. Saiful dikerling sekali sekala walaupun perhatiannya lebih kepada si rambut panjang ini.

Mendengus. “Aku tak pernah kisah dia berbual dengan sesiapa pun… but not you, Pa’an. Mind that. Kau lebih kenal kau sendiri.” Getusnya, tanda tidak suka. Mungkin dia baru kenal Irfan setahun dua, tapi pengalaman dengan lelaki ini membuat dia serik. Apa lagi jika benda yang sama berlaku pada adiknya.

Irfan Farhan. Mereka satu tingkatan, dan cuma setahun menjadi ahli kelas sepanjang lima tahun berkongsi gelaran schoolmate. Namun, tempoh 316 hari semasa tingkatan tiga itu lebih dari cukup untuk Syafik kenal lelaki bermuka jambu itu. Tidak pernah serik mengejarnya, tidak pernah kenal putus asa dalam cuba memenangi hatinya, dan Syafik tidak pernah walau sekali merasa tenang bila didekati Irfan.

Bukannya si mamat itu tiada skandal lain. Lelaki, mahupun perempuan. Ada je mana-mana jantina yang suka dengan muka kacak itu. Malah, seingatnya, naluri Irfan sememangnya ada untuk perempuan. Namun, Syafik juga yang diingini. Dasar manusia hujung zaman. Tamak melampau dan akal kabur! Lalu pendekatan peribadi dilaksanakan bila sabar si kacukan Scottish dah menghilang.

Belasah sampai setengah mati.

Alhamdulillah, barulah Irfan insaf mengejarnya.

“Kau defensive sangat dengan aku…” Nada Irfan mulai lembut.

“Sudahlah engkau.” Bahu itu ditolak, membuat Irfan beralih sedikit bersama lontaran suara kecil. Mata biru kilat yang galak itu sempat ditentang. Menarik sangat. Dia suka… dia sangat suka! Syafik pula mencemik, sebelum mengalih pandang pada adik lelakinya yang masih tegak di belakang. “Kau pula Saif, dah bayar buku?”

“Em? Dah… tapi…”

“Kalau dah, jom keluar.” Potongnya seraya melangkah terus dari situ. Tidak betah untuk terus berada di situ lama-lama.

“Ah. Kalau aku…”

“Kau blah.” Paha Irfan ditendang.


SYAFIK mendengus. Geram. Apa aku nak buat supaya tidak diganggu lagi? Saif pun dia nak jadikan sasaran ke apa.... Adiknya itu di belakangnya dipandang. “Kalau kat sekolah kau jumpa dia lagi, lari terus. Jangan layan.”

“Em? Tapi dia tu sapa? Kawan abang ke?”

“Huih! Mintak simpang. Abang mati hidup semula pun takkan berkawan dengan gender-ambiguous macam tu.”

Terperanjat Saiful. “Gender-ambiguous? You mean he’s gay?”

In shortyes.”

Terangkat kening dibuatnya. Wohoo… Bibir tersengih lalu. Terasa kelakar. “Wow. Patutlah cara dia tengok orang semacam je. So, I’m a target I presume.

You bet.”

And you were a target before.”

Shut up.”

Saiful tersenyum nipis, memandang rambut yang panjang bagi seorang lelaki itu. “I felt sorry for his parents.”

“Heh.” Nafas terhembus pendek sebelum kepala ditoleh ke belakang, pada adiknya itu. Mereka bertukar senyum, lalu sama-sama melangkah beriringan di sepanjang Jusco Tebrau itu. Cukup besar. Pandangan Syafik lalu dijatuhkan pada KFC. Lapar yang dirasai tadi terasa lagi. “Dia boleh je berubah kalau nak… sebab he’s interested in woman too sebenarnya.” A bisex.

Saiful menoleh. “Tamak namanya tu.” Syafik meneruskan langkah ke KFC sementara Saiful menjulingkan matanya ke atas, teringat. “Then that means Nawal masih ada peluang.”

Mendadak langkahnya terhenti, lalu si abang menoleh ke belakang, pada adiknya yang sama berhenti. “Apa? Nawal ada peluang… apa?”

Saiful menentang mata galak itu dengan pandangan redupnya. “Nawal pun suka dengan senior tu juga… walaupun rasanya dia tak tahu penyakit identiti yang Irfan tu alami.”

Dan riak Syafik berubah tegang.


CUACA panas. Syafik mendongak ke langit, merenung awan putih tebal yang berarak ditiup angin ke timur, namun tiada satu pun yang melindungi bumi dari dibakar terik matahari. Mulut dibuka, membuang angin yang tinggi habanya dari normal. Udara pada tengah hari ini cukup terasa keringnya. Horizon di hujung jalan dilihat. Tiada tanda awan hitam. Kepala bertukar arah angin. Pun tiada awan hujan di sana. Maksudnya tak merasa hujanlah hari ini… agaknya?

Aku ni pandai je nak mengagak cuaca. Bahu lalu jatuh bersama keluhan pendek. Anak matanya dilarikan ke ekor mata, pada si adik yang senyap dengan MP3 dan novel English yang dibeli semalam. Hm. Tangan dipanjangkan ke telinga kanan adik lelakinya dan menarik earphone keluaran Sony itu. Terperanjat Saiful, menoleh. Syafik tidak beriak, mencucuk telinganya dengan earphone tersebut. I’m You – Leona Lewis kedengaran. Mak oii…. Lunyai sendi aku. Syafik menjeling adiknya.

“Takda lagu yang hardcore sikit?”

“Takda song request tetengah panas hari ini ey, harap maklum.” Tak terasa nak kompromi dengar lagu metal pilihan abangnya itu dalam cuaca yang kering dan tidak selesa itu.

Syafik menarik kolar round neck hitam yang dipakainya supaya berangin sedikit tubuh muda yang mula terasa melekit dengan peluh. Kemeja putih sekolah yang tidak dibutangkan tidak membantu langsung nak mendinginkan badan. “Linkin Park? At least?

Saiful menghempas nafas, namun menurut jua. MP3 di poket seluar sekolah ditarik keluar. Pilihan lagu si abang dicari. “Song?”

Anything.”

“Given Up?”

Thought you don’t want some screaming in this late afternoon?”

Well…” Bahu dijungkit. “Iridescent then.”

Syafik melirik senyum nipis, lalu pandangan matanya dilarikan dari adik yang menekan butang MP3 turqoise itu kepada pokok rendang di seberang jalan sana. Saiful kembali pada Ruins bila selesai memenuhi permintaan si abang. Senyap dia, hanyut dalam dunia novel. Syafik yang terkumat kamit menyanyikan lagu English turut hanyut dalam dunia lamunan sendiri.

Adik beradik lelaki itu terus melayan diri di perhentian bas itu. Bas sekolah telah lama menjalankan tanggungjawabnya, menghantar pergi pelajar harian sesi pagi untuk balik ke rumah masing-masing. Mana-mana yang ulang alik ke sekolah dengan kenderaan sendiri sama ada kenderaan ibu bapa atau basikal sendiri mahupun pejalan kaki, pun sama dah lama pergi. Maka suasana jalan di situ agak lengang… dan kekal berbahang.

Tapi, kenapa adik beradik lelaki ini masih tidak balik dan duduk di rumah supaya boleh bermain Play Station dan minum lemonade dua jag? Sebaliknya, mereka kekal di sini berpanas dan cuma dilindungi lindungan perhentian bas sekolah yang nampak kasihan setelah di-vandalise. Berbahang seh!

Sebab Elisa. Masih tidak muncul dari tadi. Syafik agak pasti dia tak nampak gadis itu naik bas untuk pulang, manakala Saiful pula memberitahu guru disiplin telah memanggil jiran mereka itu ke bilik kaunseling. Entah atas urusan apa… tetapi si abang tetap nak jumpa jiran mereka yang comel molek itu hari ini juga. Kerana Irfan.

Tubuh ditundukkan, dan siku disokong pada lutut. Pandangan Syafik meredup, merenung dedaunan pada pokok rendang di seberang jalan yang bergerak-gerak. Ada angin? Mata dipejam kemudian, cuba menghaluskan deria rasa pada kulit. Hm. Ada sedikit. Kira Alhamdulillah la kut.

“Ah. I’m tired already.” Suara Saiful bergema. Syafik menoleh, memandang si adik menolak tubuhnya ke belakang. Tubuh itu diregangkan kemudian. Lega sedikit. Kemeja putih sekolah lalu dilonggarkan butangnya satu persatu, namun tidak sepenuhnya. Kulit muda yang ditutup singlet selamba didedahkan supaya dicium angin. Lega sedikit.

Just wait a little longer…” pinta Syafik.

Saiful menoleh. “Patient, aren’t you?” Bibir tersungging dengan senyum nipis

Bahu dijungkit. “In some cases.” Anak mata biru kilatnya dikerling, menentang pandangan adiknya. “Just to make sure…”

“Nawal?

With that bisex.”

Saiful tersenyum nipis, lalu Ruins dimasukkan ke dalam beg sekolah. “Kalau Nawal ada skandal dengan lelaki lain… will you reacted like this?

“Tengok la dengan siapa she’s playing with.” Syafik menghembus nafas panas. Mata kembali merenung dedaunan yang makin nampak pergerakannya. Nyata angin ada dan semakin terasa kelajuannya. Redup bayang-bayang awan mendatang, menunjukkan matahari mula dilindungi. Syafik menjatuhkan kepalanya. Sedikit lega dengan suhu sekeliling, namun hati pula yang terasa panas semacam. Dek teringat pada gadis itu. “I thoughtafter all that when she’s twelveshe won’t involve into something like this.”

“Saif pulak ada pendapat yang sebaliknya.”

Syafik menoleh dengan muka berkerut, dan Saiful mengangkat keningnya dengan senyuman kecil. Di fikiran masing-masing terbayang wajah jiran mereka itu.

Nawal Elisa. Pada majlis hari jadinya yang ke-dua belas, tidak seorang pun rakan perempuan kelasnya datang ke majlisnya. Janji pada si teman kelas cukup selamba dipatahkan, dan Elisa yang tertunggu-tunggu di rumah yang dah berhias cantik hanya mampu menangis sambil memaksa mereka berdua beradik habiskan kek hari jadi. Kerana memiliki rias yang comel, dan kerana selalu mereka selalu dibandingkan dengan Elisa yang comel dan baik, maka mereka jadi menyampah.

Pengkhinatan itu tidak berakhir di situ, kerana Elisa akhirnya merasa pembulian buat kali pertama. Salah satu sebabnya ialah Syafik dan Saiful dah tiada di sekolah rendah itu untuk melindungi si jiran. Seterusnya, Elisa masuk ke sekolah menengah yang sama dengan dua beradik itu, namun pembulian tetap terjadi. Kali ini bukan dari perempuan sahaja, namun dari pelajar lelaki juga.

Bila dia mengadu, Syafik pula yang memarahi.

“Kau ada kaki dan tangan, kau tak reti melawan sendiri, kah?! Aku benci perempuan yang kuat menangis!!”

“Aku kind of setuju dengan abang, Nawal...” Saiful tersenyum nipis.

Seterusnya, Elisa menjadi watak yang berlainan. Sepenuhnya. Penuh dengan keyakinan. Dia bangkit melawan mereka yang membuli dengan kelebihan pada wajah yang dimiliki. Jika itu yang buat mereka sakit hati, maka itulah yang dijadikan modal untuk melawan. Sesuatu yang dianggap kelemahan masih boleh dijadikan kekuatan untuk menyokong. Tidak perlu berlagak baik dan penuh kesabaran menempuh cabaran tanpa sebarang serangan balas seperti bawang merah pada si ibu tiri. Elisa ialah puteri dalam kisah fairy tale abad baru. Tidak perlu menjadi berani seperti Merida, cukuplah menjadi Nawal Elisa sahaja di dalam kisah hidup sendiri.

Dan itulah yang membuat dua beradik ini tertarik untuk bersamanya. Suka dengan kekuatan hati yang ditunjukkan, walaupun sedikit selek.

Tidak elok bermegah dengan kelebihan yang dikurniakan Tuhan, tahu.

Nafas terhembus pendek, seiring dengan ketawa yang terlepas sepatah. Saiful menundukkan kepalanya. “Lepas tu, she even change her nick.”

Change her nick?” Syafik menoleh. Saiful mendongak pada langit.

“Saif dengar budak kelas dia panggil dia Eli. Takda Nawal lagi dah. Nama kuno katanya.”

Syafik mencemik, lalu mengangkat tubuhnya dari sokongan siku pada lutut. Duduk sama rendah dengan si adik. “That rock-headed lady… tak cukup dengan kepala keras, nama pun dia nak keraskan sekali. Apa yang cantik dengan nama Eli tu ne'way. Nama Nawal tu dah melayu habis dah. Tak paham sungguh aku dengan jiran kau tu.”

“Haha. Jiran abang jugak.”

Terdiam Saiful. Berpandangan mereka seketika.

Yeah.” Angguk. Wajah dipalingkan dari pandangan biru kilat yang redup itu dan menoleh ke pintu pagar sekolah. “I don't really care either way. Dia nak jadi a bitch sebab nak lawan pihak lawan dia dan buat diorang lebih sakit hati, I won’t care less… tapi kalau dia main dengan si gay tu…” Menderam si abang itu lalu.

Saiful menjilat gigi geraham, sebelum tersenyum kecil. Ye la tu tak kisah. Sekali, marah jugak…hati mengomel. “Jadi kita tunggu dia ni sebab nak pastikan je la?” Syafik menoleh, mengangguk. Saiful turut mengangguk. “Naper tak tanya kat rumah je?”

You know she won’t answer.”

“Hm? Habis duduk kat sini, dia nak jawab ke?”

“Bila masa pulak abang cakap nak tanya dia?”

“Ha?” Keliru pula dia. Syafik pula merenung muka blur itu kosong.

“Tanya kat rumah ataupun kat sini, mana-mana jawapan pun takkan boleh dipercayai kalau ada probabilityyang budak tu menipu… so that’s why…”Dia menoleh ke arah bertentangan, pada pintu pagar sekolah mereka lagi. Ketika itu juga kelihatan Elisa menapak keluar bersama Irfan, sedang berlindung di bawah payung yang sama. Nampak mesra bila gadis itu tersenyum dan ketawa ceria, dan si jejaka turut tertawa. Langsung tidak perasan dua pasang mata biru kilat yang memerhati keduanya.

You reap what you sow, abang,” ujar si adik tanpa menoleh.

Apparently.”
Previous: Egann 1
Next: Egann 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.